POLISI TEMPAHAN

1. POLISI PENGESAHAN TEMPAHAN DAN CETAKAN

Selepas setiap tempahan, kadku.pro akan melakukan proses rekebentuk dan mendapatkan pengesan pelanggan. Kerja cetakan hanya akan dibuat selepas menerima pengesahan terakhir daripada pelanggan. kadku.pro tidak akan bertanggung jawab untuk atas sebarang kesilapan ejaan atau lain-lain selepas pengesahan untuk cetakan dibuat. Untuk jadual jangka masa proses tempahan, sila rujuk kepada jadual proses tempahan yang dipaparkan di www.kadku.pro
2. POLISI KUALITI CETAKAN DAN WARNA
kadku.pro menggunakan pencetak digital dan offset untuk menghasilkan semua produk keluaran kadku.pro. Ketidak selarasan warna akan berlaku dalam setiap cetakan. Julat ketidakselarasan warna dalam cetakan produk akhir kadku.pro ialah 5%-10% daripada warna di sample cetakan.Warna melalui monitor atau skrin computer adalah berlainan dengan warna sebenar cetakan kerana format warna yang berbeza. Warna di skrin tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dalam menentukan perbezaan julat warna. Kualiti potongan akhir juga akan mempunyai julat standard cetakan iaitu +-1 inci
3. POLISI PEMULANGAN DAN PENUKARAN PRODUK
Jika anda tidak berpuas-hati dengan barangan yang anda beli, anda boleh memaklumkan pihak kadku.pro dalam tempoh masa 3 hari selepas penerimaan dan memulangkan semula barangan tersebut dalam masa 7 hari selepas penerimaan (barangan perlu dibungkus-semula dalam pek asal seperti ketika penerimaan). Setiap produk yang dipulangkan atau diminta tukar perlu diserahkan sepenuhnya kepada kadku.pro.Pihak kadku.pro berhak untuk tidak menggantikan atau menukar produk yang gagal .dipulangkan sepenuhnya . Segala Kos pemulangan ada tanggunjawab pelanggan.
4. BARANGAN KEHABISAN STOK
Walaupun kami sedayaupaya akan memastikan kecukupan simpanan stok produk sedia-ada, masalah kehabisan stok mungkin akan berlaku. Jika ini berlaku, anda akan diberitahu melalui email atau sms.Jika anda tidak ingin menunggu sehingga stok ada, anda boleh membatalkan pesanan anda. Jika kami tidak menerima pembatalan pesanan anda sebelum penghantaran barangan dilakukan, kami menganggap anda bersetuju dengan penghantaran lewat. Jika kami tidak dapat menghantar barangan tersebut dalam masa 30 hari, pesanan anda akan dibatal secara otomatik dan pemulangan bayaran akan dilakukan. Jika sebahagian barangan dari pesanan anda telah dibatalkan, pemulangan bayaran akan dilakukan mengikut jenis barangan yang telah dibatalkan sahaja.
5. POLISI PRA-BAYAR & DEPOSIT
Pembayaran boleh dilakukan secara deposit 50% atau bayaran penuh terus. Rekabentuk kad atau lain-lain produk tempahan hanya akan dibuat selepas bayaran dibuat. Penghantaran produk juga hanya akan dibuat selepas pembayaran anda disahkan. Baki 50% bayaran boleh dibuat ketika pengambilan produk atau sebelum penghantaran.
6. POLISI PENGHANTARAN
Menjadi keutamaan kami untuk memastikan penghantaran produk kepada pelanggan dilakukan dengan baik. Semua penghantaran sekitar Semenanjung Malaysia akan dilakukan melalui syarikat kurier POS LAJU manakala untuk Sabah dan Sarawak kami akan menggunakan khidmat POS MALAYSIA (Parcel Service Udara) Caj penghantaran kami untuk setiap barangan adalah berbeza (mengikut saiz dan berat) dan akan dinyatakan dengan jelas pada laman tempahan produk tersebut. Untuk senarai lengkap caj penghantaran sila rujuk di kadku.pro. Kami akan memberi nombor Tracking POS LAJU/POS PARCEL kepada anda apabila kami membuat penghantaran melalui email & sms. Barangan telah siap dijangka akan diterima pelanggan sekitar 2-3 hari bekerja/bergantung pada servis syarikat penghantaran . Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya salah memilih syarikat penghantaran .
7. POLISI PEMBATALAN TEMPAHAN & PEMULANGAN DEPOSIT
Pembatalan tempahan dibenarkan jika produk masih belum dicetak dan caj pembatalan akan dikenakan. Berikut ialah jadual kos yang akan dikenakan atas pembatalan tempahan :
  1. Pembatalan tempahan sebelum kerja draf design dilakukan @ Caj DEPOSIT TIDAK DI KEMBALIKAN
  2. Pembatalan tempahan selepas kerja draf design dilakukan tetapi belum melibatkan kerja pembetulan @ Caj 80% daripada nilai tempahan
  3. Pembatalan tempahan semasa proses kerja pembetulan @ 100% daripada nilai tempahan
8. POLISI PENUKARAN ATAU PERUBAHAN DESIGN ASAL & PEMBUATAN REKAAN KHAS
Semua produk kadku.pro ialah  tidak ‘100% Personalized Product’ yang mana semua rekabentuk asal kadku.pro tidak boleh diubah warna ,tema, pilihan font, penambahan foto dan penambahan elemen rekaan daripada koleksi kadku.pro .Cetakan terus untuk rekaan yg dibuat oleh pelanggan sendiri juga tidak akan dikenakan caj tambahan. Caj tambahan Cuma akan dikenakan atas permintaan untuk merekebentuk produk pesanan khas daripada pelanggan yang tidak menggunakan pilihan rekaan asal kadku.pro. Untuk kondisi ini pelanggan perlu menyediakan imej/grafik/visual/lakaran untuk pereka kadku.pro membuat rujukan.Caj yang akan dikenakan (Rujuk Senarai Express Cas) -Pembantu Jualan
9. POLISI ‘EXPRESS ORDER @TEMPAHAN SEGERA’
kadku.pro mempunyai polisi ‘EXPRESS Order’ untuk membolehkan pelanggan memohon untuk mempercepatkan proses rekabentuk dan pembikinan produk mereka. Walaubagaimanapun, kebolehan untuk mempercepatkan proses melalui ‘rush order’ ini bergantung kepada konsisi pengeluaran dan beban semasa kadku.pro.Pihak kadku.pro berhak untuk menolak permintaan ‘EXPRESS Order’ daripada pelanggan dalam keadaan beban semasa yang tinggi.’Rush Order’ akan dikenakan caj berdasarkan caj semasa yang telah ditetapkan.
10. POLISI PENGIKLANAN LOGO JENAMA kadku.pro
Semua harga jualan rasmi produk kadku.pro ialah termasuk nilai pengiklanan jenama kadku.pro di produk tersebut.Cetakan logo kadku.pro di bahagian produk buatan kadku.pro adalah standard pengiklanan jenama kadku.pro. Pelanggan dibolehkan untuk tidak membenarkan kadku.pro mengiklankan logo di produk tempahan mereka dengan membuat bayaran tambahan 30% daripada nilai keseluruhan belian/tempahan produk.
11. POLISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL SYARIKAT
Semua harga pakej promosi yang diiklankan ialah berasaskan kepada ‘CSR’ syarikat bagi membantu kerajaan mengurangkan beban kos perbelanjaan perkahwinan rakyat Malaysia. Harga-harga pakej dan promosi yang diiklankan hanya sah untuk warganegara Malaysia sahaja.