FAQ / SOALAN LAZIM

Soalan Lazim (FAQ) - Tempahan Kad Jemputan

Berapakah lamakah masa yang diambil untuk kad yang ditempah siap?
Biasanya dalam tempoh 15 - 25 hari bekerja. Namun begitu, tempoh tempahan siap mampu mencecah sehingga 30 hari pada musim-musim tertentu. Lihat proses tempahan DI SINI 


Boleh saya tahu jenis kad yang digunakan untuk cetakan kad jemputan?
Kami menggunakan 'Art Card 260gsm' yang tebal untuk semua cetakan Kad Jemputan bewarna. Kad dari jenis ini biasanya digunakan secara meluas oleh syarikat percetakan untuk menghasilkan barangan seperti kotak produk kosmetik, kulit buku yang tebal dan kad “Business card”. Warna pada kad ini tidak akan rosak/kembang jika terkena sedikit air. 


Betul ke Design/Artwork PERCUMA untuk semua jenis kad jemputan?
Ya. Pihak kadku.pro menawarkan beratus design yang menarik untuk dipilih dan kami tidak mengenakan sebarang bayaran bagi memasukkan gambar, mengubah warna, menukar tulisan dan melukis peta. Anda juga dibenarkan membuat pembetulan/ perubahan kepada cadangan ‘artwork’ yang telah disediakan sebanyak 3 kali secara percuma.


Ada tak cara untuk tempahan siap lebih awal? Majlis saya dah dekat sangat ni...
Ada. kadku.pro ada menyediakan khidmat cetakan kad Fast Print yang boleh disiapkan dalam tempoh 7 - 12 hari bekerja sahaja.


Adakah harga yang dipaparkan dalam laman sesawang kadku.pro adalah harga muktamat? ada apa-apa bayaran tersembunyi; macam GST ke, 'Surge Charge' ke atau bayaran tambahan lain?
Harga yang dipaparkan dalam semua laman web kami adalah harga muktamat. Tiada sebarang bayaran tambahan akan dikenakan. malainkan ada membuat penambahan seperti "postage"


Bagaimana cara membuat bayaran untuk tempahan, saya perlu bayar on-the-spot ke?
Tidak perlu buat bayaran on-the-spot. Pertama kalinya hanya RM50 sahaja sebagai deposit (semasa mengisi borang tempahan). Untuk selebihnya semasa membuat pengesahan reka bentuk dengan designer kami. selepas pembayaran selesai baru kadku.pro akan memulakan proses cetakan.


Bilakah tempahan perlu dibuat dan mengapa perlu menempah lebih awal?
Kami menasihatkan anda mula membuat tempahan seawal 2 - 4 bulan lebih awal dari tarikh Majlis. Selain bimbang tempahan ditutup kerana penuh, ini juga dapat memastikan anda mempunyai masa yang selesa untuk mengedarkan kad tersebut.


Mengapa kadang kala tempahan ditutup? Tidakkah ini merugikan syarikat Tuan?
Biasanya tempahan ditutup apabila pihak kadku.pro menerima tempahan yang terlalu banyak. Ini terpaksa dilakukan bagi memastikan kualiti produk dan mutu perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang telah menempah lebih awal. Polisi syarikat telah meletakkan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan berbanding keuntungan.


Saya berminat dengan Design sedia ada kadku.pro tetapi boleh tak kalau saya nak tukar warna, tulisan atau tambah ayat dalam kad?
Boleh dan ianya percuma. Anda juga dibenarkan membuat pembetulan/perubahan kepada cadangan ‘artwork’ yang telah disediakan sebanyak 2 kali secara PERCUMA.


Saya telah memilih Kod Design 'M018' ketika mengisi borang tempahan tempoh hari, boleh tak saya nak tukar ke Kod Design 'C011' selepas bayaran deposit dibuat?
Pertukaran 'Kod Design' dibenarkan dan ianya PERCUMA, tetapi mestilah dilakukan sebelum cadangan ‘artwork’ bagi 'Kod Design' yang pertama dipilih dihasilkan oleh pereka kadku.pro.


Bolehkah saya meletak gambar di dalam kad? Ada sebarang caj dikenakan? 
Anda boleh meletak gambar di dalam kad dan ianya percuma. Gambar perlu diberi dalam bentuk digital, sama ada email atau hantar softcopy kepada kami.  


Gambar yang bagaimana saya perlu hantar?
Pastikan memberi gambar dengan saiz 2MB (megabait) ke atas, tidak gelap, bila zoom 100% jelas dan tidak diambil di lokasi dengan lampu kuning. Ini bagi memastikan kualiti gambar adalah terbaik semasa dicetak. Boleh juga memberi gambar pasangan yang berasingan.


Adakah setiap kad disertakan sampul?
Ya, ia diberikan secara percuma mengikut jumlah kad yang ditempah.


Adakah kad-kad jemputan ini boleh memuatkan 2 pihak?
Boleh, tetapi anda haruslah mengambil saiz yang sesuai seperti kad dari jenis lipat 2 atau lipat 3.


Berapakah deposit diperlukan untuk membuat tempahan?
RM50 sahaja sebagai deposit (semasa mengisi borang tempahan). Untuk selebihnya semasa membuat pengesahan reka bentuk dengan designer kami. selepas pembayaran selesai baru kadku.pro akan memulakan proses cetakan.


Kalau saya ingin menempah 1000 kad tetapi 500 untuk alamat lelaki dan 500 lagi untuk alamat perempuan... harga still sama ke?
Tidak sama dengan harga tempahan 1000 kad. Ia akan dikira dengan harga sebagai 2 tempahan 500 keping berasingan. Untuk lebih lanjut admin kami akan beri harga PROMOSI kepada anda. terus WhatsApp admin kami 011-2092 3606.


Adakah saya boleh mencetak kad yang saya design sendiri?
Sudah semestinya boleh. Tetapi harus mengikut spesifikasi dan format kadku.pro dan tiada caj tambahan dikenakan. Kami hanya menerima file dari format .ai, psd, jpeg dan pdf.


Bolehkah pelanggan meminta draf design sebelum membayar wang deposit terlebih dahulu?
Maaf, proses design hanya akan dimulakan setelah pihak kami menerima wang deposit.


Berapakah minimum kad jemputan yang boleh ditempah?
Tempahan minima ialah 100pcs mengikut pakej yang kami tawarkan. Ada juga yang bermula dengan 300pcs keping.


Bolehkah pelanggan mengambil semula wang jika pelanggan membatalkan tempahan?
Jika pembatalan dibuat dalam tempoh 24 jam, kami akan mengembalikan semua jumlah bayaran yang telah dijelaskan. Namun begitu, jika pembatalan dibuat selepas 24jam (selepas proses tempahan) , anda dikehendaki membuat bayaran mengikut prestasi kerja yang telah disiapkan.


Bolehkah saya menempah kad jemputan terus di Showroom kadku.pro sendiri?
Ya, sudah tentu boleh. Tetapi kami menasihatkan pelanggan untuk berurusan melalui online kerana ia lebih mudah dan menjimatkan.


Bagaimana jika saya ingin membuat tempahan kad jemputan di website ini?
Sila klik butang 'Borang Tempahan' yang berada di bahagian bawah senarai harga produk yang anda ingin tempah.


Perkhidmatan kurier apakah yang digunakan oleh kadku.pro?
Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju sebagai penghantaran produk kami. Kerana syarikat ini lebih menyeluruh berbanding syarikat-syarikat yang lain.


Berapakah caj penghantaran untuk tempahan saya?
Caj penghantaran bergantung kepada berat & kuantiti yang di tempah. untuk lebih lanjut atau lebih mudah, terus WhatsApp admin kami 011-2092 3606. Admin kami akan terangkan lebih jelas & akan kirkan sekali tempahan anda.


Peta yang bagaimana saya perlu hantar?
Anda boleh menghantar gambar lakaran tangan, gambar peta pada kad jemputan adik/kakak/abang/jiran atau lakaran computer.


Adakah setiap rekabentuk tempahan yang telah dibuat akan disemak dahulu oleh pelanggan sebelum proses percetakan dijalankan?
Sudah semestinya. Ini dilakukan bagi mengelak sebarang kesalahan yang terdapat dalam kad jemputan yang anda tempah. Kami tidak akan mencetak kad selagi tidak mendapat "green light" dari pelanggan.


Bolehkah saya mengambil terus tempahan di permis kadku.pro tanpa menggunakan perkhidmatan penghantaran?
Sudah semestinya boleh. ini dapat menjimatkan kos penghantaran.


Mengapakah harga kad jemputan di kadku.pro ini lebih murah berbanding yang lain?
Kami menggunakan teknik “offset printing” yang sangat menjimatkan penggunaan acuan, warna dan kertas tetapi mampu menghasilkan cetakan warna kalis air yang berkualiti tinggi. 


Kalau nak tambah streamer dan banner... berapa? Ada kos design tak?
Kami cadangkan anda membuat pesanan secara Pakej kerana ia amat menjimatkan dan tiada caj design dikenakan. Rujuk harga pakej kami.